RSS

Mengetahui Masalah Pada Komputer Windows Anda

03 Aug

Kadangkala, ketika ingin membaiki atau membaik-pulih sesuatu komputer, ia adalah mudah dengan memulakan analisa ringkas dan mengetahui masalah yang dihadapi olehnya. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah System Analyzer. System Analyzer merupakan salah satu program mudah-alih, membolehkan anda menyimpannya pada storan USB dan membawanya kemana-mana sahaja. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membukanya, dan ia akan menjalankan imbasan pada sesuatu komputer, dan memaparkan keputusan dan laporan untuk komputer tersebut dalam masa seminit dua.
Aplikasi ringkas ini membolehkan anda mengetahui pelbagai perkara, seperti sokongan perisian sekuriti tambahan yang aktif atau sebaliknya, mengimbas pelbagai folder penting dalam mengetahui ia menghadapi masalah ataupun tidak, serta menyatakan sekiranya ruangan storan pada komputer anda penuh atau tidak. Pelbagai perkara lain yang berkaitan untuk mengoptimasikan lagi sistem operasi anda turut disertakan padanya. Dan untuk pengguna yang ingin mengetahui lebih banyak perkara, anda turut sama boleh merujuk kepada laporan penuh yang disediakan dalam bentuk dokumen teks, menyenaraikan pelbagai perkara, daripada informasi asas sesuatu komputer, sokongan driver, serta pelbagai informasi lain padanya. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun System Analyzer hari ini, dan mencubanya sendiri, serta mengoptimasikan sistem operasi anda untuk mendapatkan prestasi penuh daripadanya.

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s