RSS

Penjanamaan Hotmail Sebagai Outlook

03 Aug

Microsoft hari ini telah pun memperkenalkan kemaskini kepada perkhidmatan emel Hotmail mereka, dimana perkhidmatan terbaru mereka kini dipanggil sebagai Outlook, sekaligus membawakan antaramuka baru yang berasaskan Metro, selain daripada hanya penjenamaan semata-mata. Buat masa ini, ia masih belum mengantikan Outlook sepenuhnya, memandangkan masih lagi dalam fasa ujian terbuka. Bagi para pengguna sedia ada Hotmail, mereka boleh log masuk ke laman Outlook.com dengan akaun sedia ada, dan menikmati fungsi dan antaramuka baru yang dibawakan bersama dengannya. Selain daripada hanya emel sahaja, Outlook lebih kepada menjadi hab komunikasi para pengguna, dimana ia turut sama didatangkan dengan integrasi pelbagai perkara, termasuk Facebook, LinkedIn, Twitter dan sebagainya. Ia juga turut sama akan diintegrasikan dengan perkhidmatan Microsoft yang lain, termasuk Office Web Apps, SkyDrive, dan juga sokongan panggilan video terus daripada emel melalui Skype. Perkhidmatan Hotmail daripada Microsoft yang digunakan lebih 300 juta orang boleh dikatakan agak merosot penjenamaan disebabkan masalah spam yang dihadapi mereka beberapa tahun yang lepas. Dan dengan penjenamaan semula, Outlook, Microsoft menjadikan ia lebih baik, dengan kebolehan mengatasi masalah spam, selain turut menyertakan sebanyak lebih 30% ruangan mesej pada Inbox. Bagi anda yang sedia menggunakan perkhidmatan Hotmail atau Windows Live, boleh log masuk ke laman Outlook.com hari ini, dan mencubanya sendiri. Dan jangan lupa berkongsi bersama kami pendapat anda berkaitan perkhidmatan Outlook ini.

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s