RSS

Pelbagai Fungsi Baru Pada Windows Phone 8

03 Aug

Selain daripada sokongan merakamkan paparan skrin pada Windows Phone 8, ia juga kelihatan, pelbagai fungsi lain turut didatangkan bersama-sama dengannya. Dan sebahagian daripadanya kini diperlihatkan hasil daripada ujian SDK emulator yang tersebar di arena web awal minggu ini. Salah satu perkara yang sedia maklum adalah sokongan mengubah tiles mengikut saiz kegemaran anda. Ia kelihatan sebanyak tiga saiz pilihan disediakan, membolehkan para pengguna mengubah mengikut keutamaan dan citarasa mereka. Disamping itu, Windows Phone 8 juga memudahkan anda memantau penggunaan data internet pada peranti anda, melalui sokongan yang dinamakan sebagai Data Sense. Ia membolehkan anda memantau penggunaan data, disamping menetapkan bilakah ianya perlu di reset supaya kembali sifar pada awal bulan, mengikut kepada bil semasa anda. Windows Phone 8 juga turut sama membawakan lebih daripada 20 pilihan warna berbeza pada peranti mereka, membolehkan anda memilih warna Metro kegemaran anda dengan mudah. Sokongan awan juga ditambah-baik, membolehkan anda bukan sahaja hanya membuat salinan pendua untuk gambar dan video yang dirakamkan, tetapi turut sama membolehkan anda memuat-naik SMS, senarai aplikasi yang dimuat-turun dan pelbagai perkara lain untuk dibuat salinan pada awan, dan memuat-turunnya dengan mudah apabila diperlukan. Selain daripada ini, pelbagai sokongan lain yang baru turut didatangkan dengan peta yang menggunakan Nokia Maps, antaramuka Music/Video yang diberikan nafas baru, sokongan kamera yang juga dikemaskini, dan pelbagai perkara lain lagi. Mungkin Microsoft akan mengumumkan pelbagai fungsi baru ini dalam masa terdekat, bersama-sama dengan pengenalan SDK baru mereka kepada para pembangun.

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s