RSS

Bersama Pembangun HackerMonthly

03 Aug

Bermula minggu ini sehingga bulan hadapan, 5 siri temuramah akan diterbitkan dengan kerjasama Technopreneurs Association Malaysia – TeAM. Siri temuramah TeAM Tech Talk ini menampilkan beberapa usahawan ICT yang berpengalaman untuk berkongsi pengalaman mereka didalam sektor yang mencabar ini. Untuk siri yang pertama, bersama Lim Cheng Soon, pengasas HackerMonthly, salah satu majalah berasaskan internet yang popular di seluruh dunia. Sehingga kini, ribuan pengguna seluruh dunia melanggan kepada HackerMonthly, dimana menawarkan kandungan-kandungan menarik yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber, terutamanya yang dibincangkan di Hacker News. Daripada apa yang dikongsikan saudara Lim Cheng Soon, beliau berkata jangan takut untuk memulakan sesuatu. Ramai yang ingin menjadi usahawan IT, tetapi takut gagal dan sebagainya. Beliau berkata jangan takut, dan melakukannya terus, tanpa perlu menunggu dan sebagainya. Memandangkan teknologi bergerak pantas, ada baiknya anda memulakan sesuatu dengan pantas, sebelum orang lain memulakan perkara serupa dengan idea anda. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun beberapa naskah percuma HackerMonthly yang ditawarkan dalam bentuk PDF, selain jangan lupa melanggan perkhidmatan mereka, yang menawarkan pelbagai perkara menarik berkaitan dunia pengaturcaraan, startup, teknologi web dan perkomputeran. Anda juga turut sama boleh ikuti beliau di Twitter di @BearWithClaws

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s