RSS

McDonald’s Menawarkan Pesanan Melalui Web

06 Aug

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini McDonald’s Malaysia telah pun menambah sebuah laman khas, dinamakan sebagai McDelivery, membolehkan para pengguna tempatan membuat pesanan makanan daripada McDonalds terus daripada web. Namun begitu, lokasi yang disokong buat fasa pertama ini hanyalah Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Mungkin ia akan dilanjutkan kepada negeri-negeri yang lain secara berperingkat.

Sebaik sahaja membuat pesanan, ia akan memperlihatkan status pesanan anda, membolehkan anda mengetahui sama ada ia masih diproses ataupun telah pun dihantar. Daripada apa yang dikongsikan oleh pengguna lain, pesanan melalui web ini berfungsi dengan baik, dan tidak lagi memerlukan para pengguna membuat panggilan dan sebagainya untuk membuat pesanan. McDonald’s tidak berkongsikan sebarang maklumat bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua negeri di Malaysia. Bagi yang berminat, boleh mencubanya, dan berkongsi pengalaman anda bersama kami.

 
Leave a comment

Posted by on August 6, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s