RSS

WordPress 3.5 Akan Dilancarkan Pada 5 Disember Bersama Tema Baru

06 Aug

Selain berkongsi beberapa statistik mengenai WordPress, Matt juga turut mengatakan mereka ingin lebih memfokuskan kepada kemaskini mengikut jadual, dan mensasarkan kepada pelancaran WordPress 3.5 pada 5 Disember akan datang. Bersama-sama dengan WordPress 3.5, salah satu perubahan utama adalah tema utama baru, dengan nama TwenyTwelve. Sebuah laman khas juga disediakan untuk mendemonstrasikan versi pembangunan tema tersebut, yang menyertakan pelbagai teknologi web baru, termasuk berbentuk responsif, sesuai untuk pelbagai jenis paparan skrin. WordPress 3.5 juga akan menyertakan sokongan Retina padanya, dimana didatangkan bersama-sama dengan MacBook Pro baru-baru ini. Selain daripada itu, WordPress 3.5 juga akan membawakan lebih banyak ujian antaramuka yang baru untuk memudahkan pengguna menggunakan platform tersebut. Sokongan media padanya juga ditambah baik lagi, dengan beberapa fungsi seperti galeri, tagging dan sebagainya. Pada masa yang sama, bercakap mengenai masa hadapan, pembangun WordPress mengatakan mereka ingin memudahkan para pengguna mengemaskini kepada versi baru dengan lebih mudah, seumpama pada Chrome. Disamping itu, mereka juga ingin menyertakan sokongan mengedit dalam bentuk masa-nyata, seperti pada Google Docs, membolehkan anda berkolaborasi dengan penulis lain dengan lebih mudah lagi. Semestinya dengan WordPress yang semakin popular, sokongan fungsi baru padanya akan terus bertambah dari hari ke hari dan ramai akan menyukai Press 3.5 itu kelak.

 
Leave a comment

Posted by on August 6, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s