RSS

HTC Desire C

09 Aug

Telefon pintar ini merupakan telefon pintar di dalam kategori asas di mana ia tidak boleh dibandingkan dengan model berspesifikasi tinggi seperti HTC One X. Untuk makluman, telefon ini merupakan kesinambungan dan penambah-baikan untuk telefon HTC Wildfire S yang pernah popular satu ketika dahulu tetapi masih menggunakan pemproses yang sama pada kelajuan 600MHz. Menariknya, telefon ini membawakan paparan antaramuka HTC Sense 4.0 yang terbaru dan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich padanya. Antara kelainan terhadap HTC Desire C berbanding HTC Wildfire S adalah : Paparan skrin yang lebih cantik dengan paparan antaramuka HTC Sense 4.0 yang terbaru. Dilengkapi sistem suara Beats. Kapasiti storan terbina dalam sebanyak 4GB dan boleh ditambah dengan slot tambahan kad Micro-SD. HTC Desire C tidak mempunyai lampu limpah LED berbanding HTC Wildfire S. Menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Fungsi kamera dengan penambahan efek seperti Instagram. Disertakan dengan beberapa aplikasi terbina seperti Soundhound, Dropbox dan lain-lain. Istimewa untuk pembeli peranti ini akan menerima ruang storan 25GB dari Dropbox selama 2 tahun. Telefon HTC Desire C ini agak kecil dan sedap dipegang kerana saiznya yang bersesuaian dengan tangan. Walaupun kecil, ianya tidak terlalu ringan sehingga boleh terlepas pegang. Umum sedia maklum dimana HTC memiliki sedikit pegangan pada Beats Audio, dan teknologi ini selain daripada digunakan pada pelbagai peranti berspesifikasi tinggi, ia turut sama disertakan pada HTC Desire C. Agak mengejutkan juga apabila melihat komponen dalaman telefon ini yang sungguh cantik. Ianya sedikit lutsinar dan anda pasti teruja melihat kekemasan rekaan tersebut. Harga Jualan Telefon ini telah mula dijual pada harga RM738 dan juga ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on August 9, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s