RSS

McAfee Bakal Memperkenalkan Aplikasi Untuk Mengelakkan Gambar Facebook Anda Disalah-guna

15 Aug

Facebook kini telah menjadi antara medium sosial utama, dimana para pengguna berkongsi pelbagai gambar peribadi dan sebagainya bersama rakan-rakan mereka. Namun, dengan pelbagai sokongan sosial yang diperkenalkan oleh Facebook, ia sekaligus membolehkan orang yang tidak berkenaan turut melihat ataupun mengakses gambar-gambar anda. Untuk mengelakkan daripada gambar anda disalah-guna mahupun menjadi mangsa pihak tidak berkenaan, McAfee kini bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khas, dimana akan melindungi gambar anda daripada dilihat mahupun dimuat-turun oleh orang lain. Dikenali sebagai McAfee Social Protection, ia membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dengan pelbagai tetapan, dimana apabila ia diakses oleh orang lain yang bukan rakan anda, gambar tersebut dipudarkan secara automatik. Anda juga turut boleh menetapkan supaya para pengguna tidak boleh memuat-turun gambar anda, atau menggunakan aplikasi rakaman skrin untuk merakamkan gambar anda. Buat masa ini, ia masih dalam ujian beta tertutup, dan McAfee dijangka akan memperkenalkannya kepada para pengguna dalam bentuk beta terbuka pada penghujung bulan ini. Sementara itu, bagi yang berminat, boleh mendaftarkan minat anda, dan mendapatkan emel sebaik sahaja aplikasi tersebut dilancarkan kelak.

 
Leave a comment

Posted by on August 15, 2012 in App, Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s