RSS

Memantau Penggunaan Bandwidth Internet Anda ?

15 Aug

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda memantau penggunaan data dan bandwidth internet anda, seperti Networx yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Kali ini kami berkongsi salah satu aplikasi yang seumpamanya, iaitu Net Guard. Net Guard bukan sahaja membolehkan anda memantau penggunaan data bulanan anda, tetapi pada masa yang sama, turut membolehkan anda mengetahui aplikasi apakah yang menggunakan data seperti memuat-naik dan memuat-turun, serta sebagainya. Perkara ini sekaligus membolehkan anda mematikan perisian yang tidak sepatutnya berjalan, sekaligus menjimatkan penggunaan data anda. Sebaik sahaja selesai memasangnya, ia akan menyertakan sebuah panel kecil pada desktop anda, memperlihatkan angka kelajuan muat-naik dan muat-turun pada setiap saat. Seperti biasa, anda boleh mematikannya, mahupun menjadikannya lutsinar serta sebagainya. Untuk tetingkap utamanya, ia memaparkan info dengan lebih teratur, disamping memperlihatkan data penggunaan bulanan anda. Sekiranya anda mempunyai had penggunaan bulanan, ia boleh ditetapkan, supaya Net Guard memperlihatkan amaran apabila anda semakin menghampiri angka had yang ditetapkan. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun Net Guard hari ini, dan mula memantau penggunaan data internet anda setiap hari.

 
Leave a comment

Posted by on August 15, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s