RSS

Windows 8 RTM Sedia Dimuat-Turun

17 Aug

Bagi para pelanggan MSDN dan juga TechNet, seperti mana yang dijanjikan oleh Microsoft sebelum ini, kini Windows 8 RTM sedia untuk dimuat-turun dan anda boleh mencubanya sendiri pada komputer anda, jauh lebih awal sebelum Windows 8 dilancarkan kepada umum pada 26 Oktober kelak. Melalui sistem operasi Windows 8, Microsoft membawakan pelbagai perubahan, termasuk memperkenalkan antaramuka baru yang mesra bukan sahaja pengguna desktop biasa, tetapi turut dioptimasikan untuk pengguna skrin sentuh, terutamanya tablet. Disamping itu, Windows 8 turut diintegrasikan dengan lebih menyeluruh bersama sokongan awan SkyDrive, serta memperkenalkan Windows Store bersama dengannya. Selain daripada pelanggan MSDN dan juga TechNet, Microsoft turut sama menyediakan sokongan percubaan selama 90 hari untuk Windows 8 Enterprise dalam bentuk 32-bit dan 64-bit, membolehkan mereka yang berminat untuk memuat-turun versi Enterprise dan mencubanya sendiri. Namun versi ini tidak boleh dikemaskini kepada versi akhir, sekaligus menjadikan ia tidak boleh digunakan lebih daripada 90 hari pada komputer masing-masing.

 
Leave a comment

Posted by on August 17, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s