RSS

Tambah Sokongan Tab Seumpama Google Chrome Pada Windows Explorer

22 Aug

Sokongan tab merupakan salah satu perkara popular pada pelayar web seperti Firefox dan juga Chrome. Dan kini, anda turut sama boleh membawakan sokongan yang lebih kurang sama kepada Windows Explorer, sekaligus memudahkan anda menguruskan tetingkap pada sistem operasi Windows dengan lebih efisyen. Sokongan tab ini dibawakan oleh aplikasi pihak ketiga, dinamakan sebagai Clover. Melaluinya, ia menambah sokongan tab seumpama Chrome pada setiap tetingkap Explorer di komputer anda, sekaligus membolehkan anda mengakses pelbagai perkara dengan mudah, tanpa perlu membuka beberapa tetingkap seperti sebelum ini. Sokongan bookmark juga turut disertakan, membolehkan anda mengakses beberapa folder dengan lebih pantas, tanpa perlu melalui pelbagai klik dan sebagainya. Namun, sokongan tab ini tidak menyokong sokongan drag-drop fail dari satu tab ke tab yang lain, mahupun sekiranya ingin memindahkan fail dan sebagainya. Untuk melaksanakannya, anda masih perlu menggunakan sokongan kekunci pintas, seperti CTRL+C dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru pada Windows Explorer mereka, boleh mencuba Clover hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on August 22, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s