RSS

Android Dan Symbian Lebih Popular Berbanding BlackBerry, iOS Dan Windows Phone Di Malaysia

06 Sep

Perang platform mudah-alih bukanlah sesuatu yang baru, dan semestinya ramai yang ingin mengetahui apakah platform pilihan ramai pengguna tempatan buat masa ini. Daripada laporan terbaru yang dikeluarkan Ericsson Consumer Lab, di Malaysia, Android dan Symbian masih kekal popular dan digunakan ramai pengguna. Daripada apa yang diperlihatkan, sebanyak 41% pengguna menggunakan Android, dan diikuti Symbian sebanyak 18%. Menariknya, BlackBerry, iOS dan juga Windows Phone, masing-masing digunakan oleh sebanyak 6% pengguna daripada pengguna tempatan. Ia juga dilaporkan yang mana para pengguna Malaysia lebih gemar menggunakan perkhidmatan teks (92%), dan digunakan untuk rangkaian sosial sebanyak 69%, serta panggilan suara sebanyak 67%. Walaubagaimanapun, saiz sampel yang diambil-kira tidak diumumkan, dan mungkin terdapat sedikit perbezaan berbanding data sebenar untuknya. Jadi, apa kata anda ? Adakah BlackBerry, iOS dan Windows Phone masing-masing dapat merampas kembali pasaran melalui platform terbaru mereka – BlackBerry 10, iOS6 dan Windows Phone 8 ?

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Info ICT, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s