RSS

Membuat Salinan Emel GMail Ke Desktop

06 Sep

Terdapat beberapa kaedah untuk memuat-turun emel anda daripada GMail terus ke desktop anda, termasuk beberapa cara yang disediakan oleh Google. Namun, kali ini, kami akan berkongsi mengenai aplikasi GMVault yang memudahkan proses membuat salinan pendua emel anda ke desktop dengan mudah. Menariknya, GMVault bukan hanya sekadar membuat salinan pendua sahaja, tetapi turut sama boleh memindahkan emel anda daripada satu akaun ke akaun yang lain dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut. GMvault membawakan antaramuka seumpama Command Prompt (Terminal), membolehkan anda membuat pelbagai perkara dengan mudah melaluinya. Pada awal penggunaan, ia mungkin tampak sedikit sukar, tetapi sebenarnya ia amat mudah digunakan, apatah lagi mesra pelbagai sistem operasi. Melalui sokongan Sync pada GMVault, anda boleh membuat salinan pendua semua emel pada akaun GMail anda, dan membuat tetapan supaya ia memuat-turun hanya emel baru sahaja apabila anda menerima sebarang emel. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi GMVault hari ini, dan mula menggunakannya. Untuk tujuan pendaftaran, ia akan meminta anda memberikan kebenaran mengakses akaun Google, sama seperti kebanyakkan aplikasi yang lain. Sementara untuk mendapatkan senarai dan cara penggunaan yang mudah, anda hanya perlu menaip “gmvault –help” ataupun merujuk kepada panduan yang disediakan pembangunnya.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s