RSS

Mengenali Piawaian Video Baru – HEVC

06 Sep

Tahun depan bakal menyaksikan dunia Internet sekali lagi menerima perubahan yang besar jika satu piawaian baru untuk video yang dikenali sebagai “High Efficiency Video Codec” (HEVC) h.265 sedia untuk diperkenalkan kepada pengguna-pengguna diseluruh dunia. HEVC merupakan versi baru untuk piawaian lama “Advance Video Codec” (AVC) h.264 yang telah digunakan secara meluas sejak tahun 2003. HEVC yang bakal menjengah pengguna kelak akan menjadi satu piawaian rasmi untuk rakaman, pemampatan dan penyebaran video berdefinisi tinggi (HD). HEVC dikatakan mampu mencapai tahap keberkesanan 2 kali lebih baik berbanding dengan piawaian AVC yang sedia ada. Ini bermaksud, video yang bersaiz 480p pada ketika ini mungkin bersaiz 70Mb dan ketika mana HEVC sedia untuk digunakan, video yang sama mungkin bersaiz 35Mb sahaja.

Piawaian baru HEVC ini akan mengurangkan penggunaan kuota penghantaran data, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan internet. HEVC merupakan satu peluang yang sangat baik untuk mengurangkan penggunaan data dan menjimatkan kuota kerana video yang berdefinisi tinggi mampu dimuat turun pada pada saiz dua kali lebih rendah berbanding piawaian yang sedia ada ketika ini. Syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyiaran video seperti YouTube, NetFlix, Hulu juga mendapat keuntungan yang sama kerana HEVC mampu menjimatkan ruang storan mereka dan juga proses penghantaran data video kepada pengguna lebih berkesan. Selain itu, pengguna-pengguna Internet yang gemar menonton video secara atas talian dapat menikmati lebih manfaat walaupun menggunakan Internet berkelajuan rendah. Sebelum HEVC ini sedia untuk digunakan, sudah timbul beberapa persoalan lagi di Internet.

Antara persoalan yang popular timbul, adakah pengguna perlu menaik-taraf perkakasan kepada yang baru dari segi cip pemprosesan atau perisian desktop, tablet PC mahupun telefon pintar bagi membolehkan video yang menggunakan piawaian HEVC h.265 ini dimainkan dengan lancar ?  Juga ada pengguna-pengguna internet yang ingin mengetahui format video apakah yang menjadi ‘container’ kepada HEVC ini ? Adakah masih lagi menggunakan MP4 atau MKV ? Ataupun, adakah format ‘container’ baru akan diperkenalkan kepada kita sekiranya piawaian baru ini diperkenalkan kepada umum nanti ? Tidak ketinggalan juga ada persoalan yang diutarakan dikalangan pengguna peranti seperti perakam video. Adakah peranti sebegini juga akan menerima penaiktarafan yang sama ? Mungkinkah harga perakam video ini akan menjadi lebih murah, atau sebaliknya pada masa akan datang ?

Dari sudut positif jika piawaian ini berjaya, maka peranti video ini tidak lagi memerlukan kepada ruang storan yang besar lagi untuk menyimpan video yang dirakam, Bagaimana pula dengan unit pemprosesan video bagi peranti ini ? Demonstrasi Awal HEVC Oleh Qualcomm telahpun memperlihatkan demonstrasi kebolehan HEVC h.265 dan hasilnya membuktikan video yang menggunakan piawaian ini masih mengekalkan kualiti yang sama seperti AVC h.264. Apa yang menarik, HEVC h.265 dapat dihasilkan pada saiz 1/2 lebih kecil berbanding dengan video menggunakan piawaian AVC h.264. Jika HEVC h.265 dapat direalisasikan, maka semakin ramai orang berminat untuk memuat turun sebarang bahan cetak rompak dari Internet terutama sekali bahan media seperti filem dan drama bersiri. Laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk memuat turun cerita barangkali akan bertambah dari semasa ke semasa.

Mungkin juga laman seumpama dengan YouTube, Metacafe atau DailyMotion semakin hari semakin bertambah kerana kos pembangunan pelayan dan kos untuk penyimpanan data berkurang melalui implementasian piawaian terbaru ini. Tambahan pula, perkhidmatan penyimpanan video secara online seperti YouTube dan laman-laman seumpama dengannya mampu menghasilkan keuntungan dengan fungsi pengiklanan. Akses kepada TV Internet juga semakin mudah pada masa akan datang. Penembusan media Internet mungkin akan meningkat naik. Besar kemungkinan, stesen televisyen Internet akan bertambah bilangan dari semasa ke semasa. Perkembangan ini mungkin satu titik permulaan yang sangat baik bagi semua orang yang mengharapkan ketelusan penyampaian berita yang 100% tepat dan mengikut fakta yang sebenar.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s