RSS

Menggunakan Kamera Peranti Android Sebagai WebCam Komputer

06 Sep

Kadangkala, anda mungkin tidak berpuas-hati dengan kualiti gambar pada webcam terbina di komputer anda, ataupun malas menggunakannya memandangkan ia sukar untuk digerakkan. Sebagai alternatifnya, anda boleh mencuba salah satu aplikasi yang dinamakan sebagai SmartCam. Untuk makluman, SmartCam ini bukan sahaja boleh digunakan bersama-sama dengan peranti Android, tetapi turut sama disokong untuk Symbian, Bada, dan turut didatangkan dalam bentuk format JME. Manakala untuk digunakan pada komputer pula, para pengguna perlu memuat-turun sebuah perisian khas dengan nama serupa, yang ditawarkan untuk Windows dan juga Linux. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghubungkan peranti kepada komputer. Untuk menjayakannya, anda boleh lakukan dalam dua bentuk pilihan, iaitu menggunakan rangkaian WiFi ataupun Bluetooth. Pada peranti anda, tekan butang menu dan pilih Settings. Ini mungkin sukar untuk dilakukan pada peranti Android baru yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya tanpa butang menu. Sebaik sahaja memasuki halaman tetapan, pilih Connection Type, dan tetapkannya sebagai TCP/IP (WiFi). Seterusnya pada bahagian pilihan Remote Server, masukkan alamat IP komputer anda. Untuk mengetahui alamat IP komputer, buka Command Prompt, dan taip ipconfig /all. Pelbagai perkara berkaitan alamat IP anda akan diperlihatkan. Anda hanya perlu mencari bahagian Wireless LAN adapter Wi-Fi, dan masukkan alamat berdasarkan kepada apa yang tertera pada bahagian IPv4 Address. Sebaik sahaja selesai memasukkan alamat IP, kembali kepada halaman utama aplikasi SmartCam, tekan butang menu kembali, dan pilih Connect. Ia akan dihubungkan kepada komputer anda secara automatiik, dan anda akan dapat melihat paparan gambar yang dipancarkan daripada kamera peranti Android anda terus pada skrin komputer.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s