RSS

Samsung Galaxy Note 10.1

06 Sep

Galaxy Note 10.1 telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia hari ini, dimana ditawarkan pada harga RM2199 selain turut ditawarkan bersama beberapa pakej khas oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan. Samsung Galaxy Note 10.1 ini membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, dan memori 2GB RAM. Kedua-dua ini membolehkan tablet tersebut beroperasi dengan pantas tanpa sebarang masalah dan masa lengah. Pada masa yang sama, ia turut membawakan kamera belakang 5-megapixel untuk membolehkan anda merakamkan gambar, serta kamera hadapan 1.9-megapixel untuk membolehkan anda membuat panggilan video dan sebagainya. Anda juga turut sama boleh menggunakan Adobe Photoshop Touch yang didatangkan bersama-sama dengannya dalam membuat pengeditan dan pengubahan pada gambar yang dirakamkan. S-Pen pada Galaxy Note 10.1 membawakan fungsi seumpama pada Note sebelum ini, membolehkan anda menulis, melakar dan mengendalikan tablet tersebut dengan mudah tanpa sebarang masalah. Dari segi rekabentuk pula, ia membawakan saiz yang sedikit besar berbanding tablet popular – Apple iPad. Namun, menariknya, ia amat sesuai untuk anda yang gemar menonton video ataupun mendengar lagu dan sebagainya, memandangkan ia didatangkan dengan speaker pada bahagian hadapan. Secara keseluruhannya, berat peranti tersebut agak ringan, kerana beberapa ciri-ciri yang dibina berdasarkan kepada plastik. Daripada apa yang digunakan,, ia bergerak lancar, selain membolehkan anda menjalankan lebih daripada satu aplikasi pada waktu serentak dengan mudah melalui sokongan multi-skrin. Sokongan ini membolehkan anda menjalankan dua aplikasi pada masa yang sama secara bersebelahan. Ia amat berguna sekiranya anda perlukann rujukan atau ingin menjalankan sesuatu aplikasi, tanpa ketinggalan atau menutup yang lain. Menariknya, sekiranya ia dijalankan bersama-sama dengan sokongan video pop-up play, maka anda boleh jalankan sebanyak 3 aplikasi pada masa yang sama. Ia juga, membawakan sokongan telefon, membolehkan para pengguna membuat panggilan telefon, serta menerima SMS dan sebagainya dengan mudah. Ini adalah suatu penambahan pada tablet Samsung, membolehkan anda menggunakannya bersama-sama beberapa peranti tambahan seperti headset ataupun Galaxy Player. Ia juga turut menyertakan sokongan TouchWiz NatureUXGalaxy.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s