RSS

Samsung Galaxy Note 2 Diumumkan Secara Rasmi

06 Sep

Samsung  memulakan acara utama mereka dengan mengumumkan Samsung Galaxy Note 2 kepada umum. Seperti gambar yang terpapar sebelum ini, Galaxy Note 2 sedikit besar berbanding generasi lepas, dimana membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dan membawakan bateri dengan kapasiti sebesar 3,100mAh padanya. S-Pen juga turut sama dikemaskini, membawakan rekabentuk yang sedikit panjang dan tebal, serasi untuk dipegang dan dikendalikan. Selain daripada spesifikasi yang dikemaskini, Galaxy Note 2 turut sama membawakan beberapa fungsi baru yang ditambah padanya, memberikan lebih fungsi menarik untuk digunakan bersama S-Pen. Air View merupakan salah satu daripadanya, membolehkan anda melihat beberapa info dan paparan ringkas, tanpa perlu membuka sesuatu dokumen. Sebagai contoh, sekiranya anda letakkan S-Pen anda ke atas sesuatu album, ia akan memaparkan gambar-gambar didalamnya dalam bentuk preview. Perkara sama juga untuk kalendar, video dan sebagainya. Screen Recorder turut sama disertakan, membolehkan anda merakamkan paparan skrin anda untuk dikongsi bersama yang lain dengan mudah. Ia amat berguna untuk para pelukis, membolehkan mereka merakam proses melukis sesuatu gambar dan sebagainya untuk dikongsikan bersama yang lain. Beberapa fungsi seumpama Galaxy S3 turut didatangkan, iaitu Pop-Up Play. Selain itu, ia turut menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai Best Faces, Photo Note dan banyak lagi. Samsung mengatakan dimana sebanyak 260 rakan kerjasama mereka di 128 negara akan melancarkannya dan menjualnnya bermula bulan Oktober kelak. Memandangkan Malaysia merupakan antara yang terawal menerima Galaxy S3 sebelum ini, mungkin boleh nantikan perkara sama untuk Galaxy Note 2 itu kelak.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s