RSS

SchoolTrac Ingin Memudahkan Ibu Bapa Memantau Kehadiran Anak Di Sekolah

06 Sep

Dengan arena teknologi tanpa wayar yang semakin berkembang, kini salah satu syarikat tempatan membawa masuk teknologi daripada Korea, melalui produk mereka yang dinamakan sebagai SchoolTrac. Seperti pada namanya, ia membolehkan para ibu bapa memantau anak-anak mereka di sekolah dengan mudah. Untuk menjayakan perkara ini, SchoolTrac menggunakan sebuah kad pelajar khas yang dilengkapi dengan sebuah cip, dan juga sebuah peranti khas yang dipasang di pagar sekolah. Dan melalui sistem, ia mengimbas secara automatik apabila para pelajar melalui pagar sekolah, dan menyertakannya pada sistem kedatangan selain menghantar SMS kepada ibu bapa mengenai kedatangan anak-anak mereka. Namun, seperti biasa, setiap teknologi masih boleh diatasi dengan mudah oleh manusia. Berkemungkinan besar, pelajar masih boleh ponteng dengan hanya melalui pagar yang berbeza, ataupun jalan berasingan pada sekolah mereka. ABBA Corp Sdn Bhd, syarikat disebaliknya mengatakan buat masa ini, sebanyak lebih kurang 20 sekolah menggunakan SchoolTrac di sekitar Lembah Klang, dan mereka mensasarkan untuk memperluaskannya kepada sehingga 200 sekolah dalam tempoh setahun.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s