RSS

Amazon Memperkenalkan Kindle Fire HD

10 Sep

Amazon telah pun sedia memasuki pasaran tablet sebelum ini dengan peranti yang dinamakan Kindle Fire. Hari ini, mereka memperkenalkan keluarga peranti baru mereka, dimana Kindle Fire HD diumumkan, membawakan saiz skrin bersaiz 8.9-inci dengan resolusi 1920×1200 padanya, selain ruangan storan sebanyak 16GB terbina. Kindle Fire HD ini juga turut sama didatangkan dengan cip pemprosesan OMAP 4470 daripada Texas Instruments, selain turut menyertakan sokongan audio yang baik padanya, termasuk teknologi radio MIMO. Kindle Fire HD ditawarkan pada harga ~RM930 ($299). Selain daripada Kindle Fire HD, Amazon turut sama mengumumkan kemaskini kepada tablet Kindle Fire mereka, membawakan saiz skrin 7-inci, cip pemprosesan yang lebih 40% pantas berbanding sebelumnya, memori dua kali ganda berbanding sebelum ini, serta masa bertahan bateri yang lebih lama. Ia akan ditawarkan pada harga RM495 ($159) dan boleh ditempah melalui Amazon bermula hari ini. Sebagai tambahan, Amazon turut sama mengumumkan Kindle Paperwhite yang membawakan skrin yang menarik untuk pembacaan, disamping masa bertahan bateri yang lebih lama iaitu sehingga lapan minggu. Ia ditawarkan pada harga RM370 ($119). Dan untuk Kindle biasa mereka, Amazon menjadikannya lebih murah, dimana kini ia ditawarkan pada harga hanya RM215 ($69) membolehkan sesiapa yang berminat mendapatkan pembaca buku digital bersaiz 6-inci dengan mudah melalui Amazon.

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s