RSS

Menyelamatkan Telefon Yang Terjatuh Dalam Air ?

10 Sep

Kemalangan seperti terjatuhnya telefon di dalam air, atau tertumpahnya air di atas telefon adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimanakah untuk menyelamatkannya ? Semestinya salah satu cara adalah membawanya ke kedai telefon berdekatan. Namun, ia mungkin mengambil masa, ataupun sukar dilakukan sekiranya kedai berdekatan tutup dan sebagainya. “Keluarkan bateri serta-merta” Untuk mengelakkan daripada telefon anda menghadapi sebarang masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bateri serta-merta, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya litar-pintas dan sebagainya. Bagi yang menggunakan telefon dengan bateri terbina seperti iPhone, One X dan sebagainya, anda boleh mematikan peranti anda serta-merta, dengan menekan butang kuasa padanya. Sebaik sahaja mengeluarkan bateri, keringkan peranti, bateri dan pelbagai perkara lain (kad-SIM, mikro-SD) dengan menggunakan kain ataupun tuala. Walaupun anda berjaya menghilangkan air daripada peranti anda, kebarangkalian untuk peranti anda mempunyai kelembapan di bahagian dalam dan sebagainya adalah tinggi. Untuk itu, para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan silica gel (yang biasa terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan). Namun, memandangkan ia sukar untuk didapati, salah satu alternatif adalah menggunakan beras. Di arena internet, ramai yang berkongsi kisah mereka, mengatakan penggunaan beras adalah salah satu kaedah yang baik untuk menghilangkan kelembapan daripada peranti mereka. Anda boleh meninggalkan peranti anda didalam bekas berisi beras antara 24 jam hingga ke 72 jam, dan kemudiannya mencuba untuk menghidupkan kembali peranti anda. Walaupun kaedah ini adalah salah satu perkara yang popular, namun ia mungkin tidak memberikan hasil yang baik kepada semua pengguna. Sekiranya anda mempunyai kaedah tersendiri, bolehlah berkongsi bersama kami.

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s