RSS

CV Maker Memudahkan Anda Membina Resume Dalam Format PDF Dan HTML

10 Sep

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk membina resume dalam bentuk PDF dan juga HTML, dan salah satu aplikasi berasaskan web yang memudahkan proses tersebut adalah CV Maker. Seperti pada namanya, ia membolehkan anda membina resume yang kemas dan profesional dalam masa beberapa minit sahaja, secara percuma. Menariknya mengenai perkhidmatan CV Maker adalah dimana anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakannya, sekaligus menjadikan proses anda membina resume lebih pantas lagi. Namun, sekiranya anda ingin menyimpannya pada laman tersebut supaya boleh diubah pada kemudian hari, anda perlu mendaftar, dimana boleh dilakukan dengan menggunakan akaun Facebook. Sebaik sahaja anda memulakan proses membina resume, anda akan diberikan beberapa ruangan dimana hanya perlu diisi dengan maklumat anda, seperti nama, biodata, pengalaman pekerjaan dan sebagainya. Anda juga turut boleh menambah beberapa ruangan khas dalam menyertakan pelbagai info tambahan pada resume anda. Selesai sahaja menambahnya, anda boleh melihat resume anda terlebih dahulu dengan memilih tema pilihan, dimana sebanyak empat tema percuma disediakan pada CV Maker. Selesai sahaja memilih tema dan rekabentuk kegemaran, anda boleh mengeksport ke format PDF ataupun HTML dengan mudah. Selain daripada versi web, CV Maker juga turut sama menyediakan aplikasi Chrome mereka kepada para pengguna.

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s