RSS

Football Manager 2013

10 Sep

Dalam banyak-banyak permainan video untuk komputer, permainan yang tidak memerlukan sokongan grafik yang tinggi, tetapi mempunyai peminat yang sanggup berjam-jam memainkannya adalah Football Manager. Terkini, pembangunnya, Sports Interactive dan juga pihak Sega telah pun mengumumkan dimana permainan simulasi pengurusan kelab bola sepak versi terbaru, Football Manager 2013 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Daripada apa yang diketahui, mereka merancang untuk melancarkannya sebelum hari Natal tahun ini. Football Manager 2013 dilihat bukan hanya membawakan ciri-ciri permainan klasik pada permainan tersebut, tetapi turut sama menyertakan beberapa perkara baru padanya. Permainan terbaru ini akan menyertakan sokongan rangkaian Steam padanya, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain dengan mudah. Pada masa yang sama Football Manager 2013 ini juga akan membawakan enjin perlawanan 3D yang lebih baik, disamping pengurusan yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Sebanyak 5 siri persaingan akan diperkenalkan ketika pelancaran kelak, dan lebih banyak akan ditambah dari semasa ke semasa. Tiada tarikh pasti yang diberikan buat masa ini, namun Sega seperti biasa, mensasarkan untuk melancarkannya sebelum hari Natal tahun ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2012 in Games

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s