RSS

Log Keluar Facebook Daripada Peranti Lain

10 Sep

Kadang-kala, anda log masuk ke akaun Facebook menggunakan pelbagai peranti, seperti di rumah kawan, di pejabat, mahupun di kedai komputer dan sebagainya. Namun, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah dimana ramai yang selalui terlupa akan untuk log keluar daripada akaun Facebook mereka ketika meninggalkan sesuatu lokasi mahupun peranti itu. Dengan fokus kepada sekuriti, dan mengelakkan daripada akaun anda disalah guna pihak lain dan sebagainya, anda boleh log keluar daripada akaun Facebook anda menggunakan peranti lain. Untuk melakukannya, seperti biasa, anda hanya perlu log masuk ke akaun Facebook seperti biasa, kemudiannya mengakses kepada bahagian Account Settings. Daripada halaman Account Settings, pilih bahagian Security di sebelah kiri, dan lihat pada bahagian Active Sessions. Ketika saya sendiri log masuk dan melihatnya, sesi aktif saya adalah sebanyak 5. Ia akan memperlihatkan sesi semasa anda (dimana anda log masuk ke Facebook), selain sesi aktif anda yang lain. Untuk menamatkan sesuatu sesi di komputer atau peranti lain, hanya klik pada butang End Activity, dan ia akan ditamatkan pada sesuatu komputer dan juga peranti. Bagi yang sering log masuk ke akaun Facebook menggunakan peranti atau komputer milik orang lain, mungkin ini adalah salah satu cara untuk memastikan anda telah log keluar daripadanya, disamping melindungi akaun anda daripada menjadi mangsa sebarang kejadian yang tidak diingini.

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s