RSS

Ubuntu 12.10 (Quantal Quetzal) Beta 1 Sedia Dimuat-Turun

10 Sep

Pembangunan sistem operasi Ubuntu Linux terus bergerak ke fasa seterusnya, dimana terkini pembangun Ubuntu telah pun mengumumkan pelancaran Ubuntu 12.10 Beta pertama untuk desktop, server, dan sebagainya, sekaligus membolehkan para pengguna yang berminat mencubanya, serta memberikan maklumbalas yang berkaitan kepada pembangun. Ubuntu 12.10 Beta 1 terus membawakan beberapa penambahan fungsi baru padanya, dimana melalui kemaskini yang diperkenalkan; Update Manager yang dinamakan semula sebagai Software Update. Kini, ia menyemak kemaskini untuk perisian secara automatik apabila ia dimulakan, sekaligus memudahkan para pengguna mengemaskini pemasangan mereka. Unity dikemaskini kepada versi 6.4, membawakan beberapa kemaskini bersama dengannya. Antaranya adalah sokongan pralihat dan paparan coverflow, membolehkan anda melihat lebih banyak info berkaitan sesuatu aplikasi, muzik, dokumen, video dan sebagainya. Skrin log masuk turut diberikan nafas baru pada Ubuntu 12.10 Beta 1. Desktop Ubuntu yang kini beralih daripada Python 2 kepada Python 3, menyertakan pelbagai aplikasi yang menggunakan versi Python 3. Bersama-sama dengan Ubuntu 12.10 Beta 1, keluarga Ubuntu yang lain turut menerima kemaskini ke versi beta pertama, termasuk Kubuntu, Edubuntu, Lubuntu dan juga Ubuntu Studio. Versi akhir Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal disasarkan bakal dilancarkan pada 18 Oktober kelak.

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s