RSS

Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 Mungkin Dikuat-Kuasa Tahun Ini

14 Sep

Dengan dunia yang bergerak pantas, dimana privasi seseorang kini terdedah pada pelbagai tempat, dan sering disalahgunakan oleh syarikat-syarikat tempatan. Untuk mengatasi masalah ini, salah satu akta yang dibincangkan sejak sebelum ini adalah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. “Data peribadi adalah “minyak” pada abad ini.” Bercakap mengenai data peribadi, semestinya ramai yang tertanya-tanya, apakah itu data peribadi ? Data peribadi adalah salah satu perkara, informasi dan sebagainya yang membolehkan anda mengenal-pasti seseorang. Ini adalah termasuk info seperti alamat emel, nombor telefon, profil internet, dan pelbagai perkara lain lagi. Semestinya, salah satu perkara yang sering teringat oleh ramai pengguna apabila bercakap mengenai data peribadi adalah panggilan daripada pemasar yang ingin menjual barangan, terutamanya seperti insuran dan sebagainya menerusi panggilan telefon. Di Malaysia, ramai yang tidak selesa dengan perkara ini, dan sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah sesuatu pihak mendapat maklumat peribadi anda dan sebagainya. Melalui akta ini, ia cuba mengatasi perkara ini, serta pada masa yang sama melindungi data peribadi semua penduduk. Untuk perkara ini sebuah badan khas ditubuhkan, dimana akan memantau dan menguatkuasa akta ini. Ia masih lagi dalam perbincangan bagaimanakah ianya akan dikuat-kuasakan kelak. Dari segi penguat-kuasaan pula, semua perniagaan yang terlibat dalam pengumpulan data peribadi pengguna akan diminta untuk mendaftar dibawah mereka untuk mendapat sijil kebenaran. Disasarkan untuk diaktifkan sebelum penghujung tahun 2012.

 
Leave a comment

Posted by on September 14, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s