RSS

Bill Moggridge – Bapa Komputer Riba Pertama Dunia

14 Sep

Bill Moggridge baru sahaja meninggal dunia sabtu yang lalu akibat kanser pada usia 69 tahun. Tidak seperti Steve Jobs tidak ramai orang mengenali siapa Bill Moggridge. Bill Moggridge dilahirkan pada tahun 1943 di London England dan beliau bertanggungjawab menghasilkan GRiD Compass 1101, komputer riba pertama yang menjadi template kepada kesemua komputer riba yang ada pada hari ini. Beliaulah yang pertama mencipta komputer riba dengan skrin yang boleh dibuka tutup yang dipanggil sebagai CLAMSHELL seperti sebuah buku pada tahun 1979. Sungguhpun begitu GRiD Compass hanya mula dijual secara komersil pada tahun 1982. GRiD Compass ialah sebuah komputer yang diperkasakan oleh pemproses Intel 8086, RAM sebanyak 340 kilobyte, modem 1200 bps dan skrin dwi warna sebesar 6 inci dengan resolusi 320×240 pixel. Kerana mahu menjimatkan saiz, ia menggunakan cakera keras dan floppy 360K 5.25 inci luaran. GRiD Compass 1101 juga merupakan komputer riba pertama yang dibina menggunakan aloi magnesium bagi mengurangkan beratnya.

Penggunaan aloi mangnesium juga membolehkan GRiD Compass berfungsi tanpa menggunakan sistem penyejuk aktif kerana seluruh kerangka magnesiumnya berfungsi sebagai sinki haba. Ketika muncul di pasaran, GRiD Compass 1101 ialah komputer riba paling ringan di dunia dengan berat sekitar 5 Kilogram. Komputer riba lain sebelum ini mempunyai berat sekitar 11.1 Kilogram. GRiD Compass 1101 menggunakan sistem operasi GRiD-OS tetapi ianya juga boleh menggunakan MS-DOS. Kerana buatannya yang lasak dan “ringan” pada ketika itu, ianya menjadi pilihan jabatan kerajaan di Amerika Syarikat walaupun harga jualannya yang amat mahal diantara USD 8000-10000 sebuah. Ianya komputer riba pertama yang dibawa naik ke angkasa lepas pada tahun 1985. Ia juga digunakan oleh tentera payung terjun dan pasukan khas Amerika untuk melaporkan pergerakan musuh secara terus. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan GRiD Compass 1101 ialah komputer mudah alih (Doomsday Football) yang digunakan oleh Presiden USA untuk mengawal penggunaan senjata nuklear jika perang meletus dengan Kesatuan Soviet.

Selepas syarikat GRiD jatuh muflis pada tahun 1988, harta syarikat serta patennya bertukar tangan kepada syarikat TANDY. Tandy menyedari GRiD memegang paten untuk rekaan komputer riba clamshell dan mula menyaman syarikat komputer lain yang menggunakan rekaan yang sama. Ini mungkin merupakan kes saman paten terawal dunia teknologi komputer. Ketika masih wujud, GRiD tidak pernah meminta syarikat pengeluar komputer riba lain membayar lesen menggunakan paten milik mereka. Hanya selepas mereka tidak wujud Tandy pula yang agresif meminta bayaran hak milik rekaan. Sungguh ironi. Bill Moggridge punya susu Tandy dapat wang besar. Sungguhpun begitu jangan berasa sedih untuk Bill Moggridge. Beliau menerima pelbagai anugerah di atas rekaan beliau ini. Beliau juga antara pengasas firma rekaan industri ternama dunia IDEO pada tahun 1991. Kini anda tahu siapa bapa komputer riba clmashell pertama dunia. Terima kasih Bill Moggridge!

 
Leave a comment

Posted by on September 14, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s