RSS

Lebih Fungsi Menarik Untuk Pengguna Lumia

14 Sep

Walaupun ramai pengeluar peranti Windows Phone sedia ada masih senyap sejak daripada Microsoft mengumumkan ia akan hanya menerima Windows Phone 7.8 sahaja, Nokia nampaknya melangkah setapak kehadapan, dengan mengumumkan apakah yang bakal diterima oleh pengguna peranti Lumia sedia ada. Selain daripada beberapa aplikasi khas, seperti City Lens, Nokia Counters, dan beberapa lain lagi, Nokia juga turut mengatakan, mereka akan membawakan Cinemagraph dan juga Smart Group Shot kepada para pengguna meranti Lumia, dengan beberapa fungsi tambahan dalam merakamkan gambar. Selain itu, seperti semua sedia maklum, ia akan turut sama menawarkan skrin permulaan utama sama seperti Windows Phone 8, membolehkan anda mengubah saiz tiles dengan mudah, dan mengikut citarasa anda. Disamping itu, Nokia turut sama memfokuskan kepada fungsi permintaan ramai, dimana mereka akan turut sama memperkenalkan sokongan penghantaran fail media menggunakan Bluetooth daripada Lumia ke sebarang peranti dengan mudah. Aplikasi untuk membuat ringtone turut sama akan disertakan oleh Nokia pada kemaskini baru kelak. Para pengguna Lumia 610, Lumia 710, Lumia 800 dan Lumia 900 bakal diperkenalkan dengan kemaskini ini secara berperingkat. Buat masa ini, Nokia masih tidak mengumumkan sebarang tarikh pasti berkenaan bilakah ia akan memperkenalkannya. Tetapi mereka menjanji akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila tarikh pelancaran kemaskini itu semakin hampir.

 
Leave a comment

Posted by on September 14, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s