RSS

Ubuntu One Music Store Diberikan Nafas Baru

14 Sep

Mungkin ramai yang telah sedia kenali akan perkhidmatan Ubuntu One Music daripada pihak Canonical. Hari ini, pembangunnya mengumumkan kemaskini pada perkhidmatan mereka itu, memberikan nafas baru kepada Ubuntu One Music, membolehkan Ubuntu One Music Store diakses daripada web mahupun menggunakan peranti mudah-alih. Dengan kebolehan mengakses melalui pelbagai peranti, ia membolehkan para pengguna membeli lagu daripada laman tersebut dengan mudah.

Untuk makluman, ia menggunakan 7digital untuk menjana perkhidmatan tersebut, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan turut menikmati perkhidmatan tawaran muzik, memandangkan 7digital telah pun dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober lepas. Menggunakan Ubuntu One Music Store, para pengguna boleh mendapatkan lagu pada harga serendah $0.99. Bersama-sama dengan pengenalan Ubuntu One Music Store yang diberikan nafas baru ini, Canonical turut sama mengadakan promosi khas, membolehkan sesiapa sahaja yang membeli lagu dari sekarang sehingga penghujung Oktober, untuk menerima langganan percuma Ubuntu One Music Streaming selama 6 bulan, dan juga ruangan storan tambahan sebanyak 20GB.

 
Leave a comment

Posted by on September 14, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s