RSS

Plex – Pusat Sehenti Longgokan Media Anda

18 Sep

Kita sering-kali menghadapi masalah lambakkan fail-fail berbentuk media yang tersimpan didalam ruang cakera keras mahupun flash drive. Secara tradisinya untuk berkongsi satu fail media, kita perlu memindahkan fail tersebut dari satu peranti ke peranti samada menggunakan kabel mahupun secara WiFi atau Bluetooth. Seiring kemajuan teknologi, satu inovasi dalam dunia perkomputeran jaringan iaitu protokol Universal Plug & Play (upnp) diperkenal sama sekali mengubah norma dalam cara kita berkongsi fail media. Maka, para pengatucara serata dunia berpusu-pusu membangunkan perisian yang mampu memikul fungsi perkongsian media tanpa menduplikasi sesuatu fail.  Walaupun terdapat perisian yang mempunyai fungsi yang serupa sedia terbina dalam Windows 7, Windows Media Center (WMC), mahupun perisian-perisian percuma yang lain, saya beranggapan tidak salah untuk kita selaku pengguna untuk mempunyai pilihan yang pelbagai.

Plex adalah pakej perisian media pusat yang terbahagi kepada dua perisian, UPNP Media Server dan UPNP Media Client. Gabungan kedua-dua perisian ini boleh dikatakan mampu memberikan anda pengalaman ber-media yang menarik. Pertamanya saya ingin menerangkan tentang server – Plex Media Server (PMS), berfungsi sebagai tukang himpun kepada media-media yang bertebaran dalam ruang penyimpanan anda dan juga berfungsi sebagai pelayan kepada klien yang mahu mengakses fail tersebut sama ada melalui WiFi mahupun sambungan kabel dengan syarat pelayan dan klien berada dalam jaringan yang sama. Selain daripada menghimpun, PMS juga bertindak sebagai kurator kepada fail media yang dihimpunnya dengan cara tag akan maklumat seperti nama, tahun, penyanyi, sinopsis, gambar, sarikata, poster filem, mahupun poster rancangan tv kegemaran anda untuk setiap musim.

PMS menyokong sistem operasi Windows, Mac dan Linux. Yang kedua adalah Plex Media Center (PMC) selaku klien kepada PMS di atas. Secara asasnya, mana-mana peranti yang mempunyai fungsi UPNP boleh mengakses pelayan Plex seterusnya memainkan fail tersebut. Namun begitu, saya sangat menyarankan PMS digandingkan dengan PMC untuk memaksimumkan pengalaman media anda. Melalui transcoding, peranti-peranti yang mempunyai perkakas yang lebih lemah mampu untuk mengakses video berdefinisi tinggi tanpa masalah. Malahan, berbagai-bagai format media termasuklah *FLV, mampu dimainkan terus dari pelayan Plex. Anda boleh menikmati kecanggihan PMC di Windows, Mac, Linux, Android, iOS, dan Windows Phone 7. Anda boleh mencuba pelbagai perisian walaupun mempunyai fungsi yang sama, besar kemungkinan prestasinya yang berbeza mampu memberi impak kepada pengalaman kita.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s