RSS

Google Maps Dikemaskini Dengan Sokongan Sync

22 Sep

Google Maps semestinya merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang amat berguna untuk para pengguna seluruh dunia. Terkini, Google mengemaskini aplikasi Android untuknya, menambah salah satu fungsi baru yang dinantikan sekian lama. Melalui kemaskini yang diperkenalkan pada Google Maps untuk Android, kini para pengguna boleh sync carian mereka daripada pelbagai peranti dengan mudah. Ini bermakna, sekiranya anda membuat carian pada desktop, secara pantas anda boleh turut sama mengakses hasilnya pada telefon pintar Android anda. Ini semestinya merupakan salah satu penambahan yang menarik, memandangkan ramai yang sering menggunakan komputer mereka dalam membuat sebarang carian sebelum membuat perkara sama pada telefon pintar Android mereka. Untuk mengakses sokongan ini, para pengguna boleh melihat ia pada tab MyPlaces > Search. Namun, terlebih dahulu, pastikan anda log masuk ke akaun Google ketika melakukan carian di desktop, mahupun pada peranti Android anda.

 
Leave a comment

Posted by on September 22, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s