RSS

Motorola RAZR-i Menggunakan Cip Pemprosesan Intel

22 Sep

Motorola, sepertimana dijanjikan, telah pun melancarkan peranti baru mereka yang dijana menggunakan cip pemprosesan Intel, iaitu Motorola Razr-i. Seperti peranti Motorola lain yang diumumkan pada awal bulan ini, ia juga dijana menggunakan Android sebagai sistem operasi utamanya. Dari segi cip pemprosesan pula, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel terbaru, membawakan kuasa pemprosesan sehingga 2GHz. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan skrin bersaiz 4.3-inci pada resolusi 960×540 pixel, dan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang. Untuk bateri pula, ia didatangkan dengan kapasiti sebanyak 2000mAh. Menurut Intel, cip pemprosesan mereka dioptimasikan sepenuhnya untuk telefon pintar, membolehkan para pengguna membuat aktiviti berasaskan Java tanpa sebarang masalah. Aktiviti biasa seperti pelayaran web, memainkan game dan sebagainya turut dikatakan dioptimasikan sepenuhnya. Motorola Razr-i ini didatangkan dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan dikatakan akan menerima Jelly Bean tidak lama lagi. Buat masa ini, ia masih belum diketahui sama ada ia akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia, ataupun hanya eksklusif untuk pasaran Eropah sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on September 22, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s