RSS

Nuffnang Memperkenalkan Sokongan RSS

22 Sep

Terdapat pelbagai aplikasi pembaca RSS yang popular seperti Flipboard, Google Currents, Pulse dan sebagainya, dan terkini yang memasuki arena yang lebih kurang sama adalah Nuffnang, melalui produk terbaru mereka dinamakan NuffnangX. Sama seperti kebanyakkan aplikasi lain, ia turut mengesyorkan beberapa blog untuk dibaca, disamping membolehkan anda sendiri menambah blog yang diminati anda untuk dibaca melaluinya. Namun, sokongan pembacaan pada NuffnangX tidak begitu menarik, memandangkan ia membuka setiap kandungan melalui pelayar web terbina, dan bukannya dioptimasikan untuk pembacaan dan sebagainya. Selain itu, apa yang membezakan NuffnangX mungkin adalah sokongan permesejan pada aplikasi tersebut menghubungkan anda dengan seseorang penulis blog dan laman web. Namun, kami masih tidak dapat mengujinya secara penuh buat masa ini. Pada masa yang sama, dari ujian yang dilakukan, aplikasi ini berhenti beroperasi beberapa kali, mungkin kerana tidak dioptimasikan untuk semua peranti buat masa ini. Ia juga kelihatan mengambil masa yang agak lama untuk memperlihatkan kandungan dari satu tab ke tab yang lain, membuatkan alternatif lain seperti Flipboard dan Pulse masih menjadi pilihan utama.

 
Leave a comment

Posted by on September 22, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s