RSS

HTC Bakal Hadir Dengan Peranti Google Nexus 5

25 Sep

Sejak beberapa bulan yang lepas, ura-ura berkenaan dengan Google yang bakal hadir bersama-sama beberapa peranti Nexus telah kedengaran, dimana salah satu pengeluar diperkatakan adalah HTC. Dan dengan ura-ura berkaitan peranti bersaiz 5-inci yang kedengaran akhir-akhir ini, ia dikatakan bakal menjadi salah satu model Nexus. Untuk makluman, model Nexus adalah model yang dihasilkan dengan kerjasama pihak Google, dimana ia akan menjadi peranti utama Android yang bakal menerima kemaskini dan sokongan daripada pihak Google sendiri. Pada tahun lepas, Samsung mengeluarkan telefon pintar Galaxy Nexus, sementara pada tahun ini, Asus hadir dengan Nexus 7. Peranti bersaiz 5-inci daripada HTC telah hangat diperkatakan sejak sebelum ini, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon S4, kamera 12-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan. Ia juga akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,500 mAh, serta didatangkan dengan sokongan LTE. Ia juga dikatakan Google Nexus 5 ini bakal didatangkan bersama-sama Android 4.1.2 padanya. Namun, seperti biasa, ia hanyalah sekadar ura-ura dan tanpa boleh disahkan buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 25, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s