RSS

MegaUpload Bersedia Untuk Dilancarkan Semula

25 Sep

Pada awal tahun ini, salah satu perkara yang mengejutkan dan menyedihkan ramai pengguna internet, adalah apabila kerajaan US menghentikan akses kepada perkhidmatan MegaUpload. Namun, perkara ini tidak mematikan semangat Kim Dotcom, dimana beliau kini mengumumkan perkhidmatan MegaUpload akan kembali tidak lama lagi. MegaUpload sebelum ini mempunyai lebih 50 juta pengguna sehari, meletakkannya sebagai perkhidmatan perkongsian fail yang terbesar di arena Internet. Namun, pihak Amerika Syarikat mengatakan MegaUpload menjadi hab untuk pengedaran fail berhak-cipta, sekaligus menjadikan cetak rompak berleluasa, sebelum menghentikan akses ke perkhidmatan tersebut. Kim DotCom, pengasasnya telah pun sedia mengumumkan sebelum ini, mengatakan akan mengembalikan perkhidmatan tersebut, dan melalui tweet terkini, Kim Dotcom mengatakan pembangunan kod telah selesai sebanyak 90%, selain pelayan untuknya juga dalam proses penyediaan. Daripada apa yang dikongsikan oleh Kim DotCom sebelum-sebelum ini, ia kelihatan MegaUpload versi baru kelak akan membawakan sokongan yang lebih menarik, dimana para pembangun turut disediakan dengan API untuk memudahkan perkongsian fail menerusi perkhidmatan tersebut. Sekiranya semua berjalan lancar, mungkin kita akan melihat perkhidmatan MegaUpload serba baru dalam beberapa minggu lagi, atau sekurang-kurangnya sebelum tahun 2012 ini tamat.

 
Leave a comment

Posted by on September 25, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s