RSS

RIM Berkongsi Kemaskini Baru BlackBerry 10

28 Sep

Hari ini, pihak Research In Motion telah pun berkongsi beberapa kemaskini yang dibawakan oleh BlackBerry 10, termasuk fungsi baru yang dinamakan sebagai BlackBerry Flow, Active Screens, BlackBerry Hub, dan beberapa yang lain. Seperti peranti lain, BlackBerry 10 membawakan skrin kunci yang agak menarik, dimana untuk mengaktifkan skrin, pengguna hanya perlu mentatal jari dari bawah ke atas skrin, dan ia akan diaktifkan secara automatik, tanpa perlu menekan sebarang kekunci dan sebagainya. Selain daripada itu, BlackBerry turut mendemonstrasikan sokongan yang dinamakan sebagai Active Frames. Melaluinya, ia membawakan sokongan kemaskini langsung untuk sesuatu aplikasi secara latar, dan memperlihatkannya pada skrin utama. Ia memudahkan para pengguna mengikuti sebarang kemaskini tanpa perlu membuka sebarang aplikasi. RIM juga turut sama berkongsi lebih maklumat berkaitan dengan BlackBerry Hub, dimana merupakan salah satu inbox utama pada BlackBerry 10, mengumpulkan pelbagai perkara, daripada emel, mesej, kalendar dan sebagainya pada satu lokasi. Ia turut sama menyertakan intgerasi sosial, dan semestinya BlackBerry Messenger. Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak RIM turut mengatakan para pembangun yang menggunakan BlackBerry 10 Dev Alpha akan menerima kemaskini untuknya bermula hari ini, membolehkan pembangun menikmati fungsi ini, dan mula membangunkan aplikasi yang mesra dengannya. RIM dijangka akan memperkenalkan peranti pertama BlackBerry 10 pada awal tahun hadapan, dalam bentuk skrin sentuh penuh dan juga peranti QWERTY.

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s