RSS

RIM Mempertontonkan Pelayar Web BlackBerry 10

28 Sep

RIM bersama-sama pengumuman mengenai BlackBerry 10, turut sama berkongsi mengenai pelayar web mudah-alih terbina yang didatangkan bersama-sama dengannya, dimana buat masa ini adalah pelayar web terbaik dengan skor paling tinggi pada HTML5. Pelayar web BlackBerry 10 membawakan sokongan penuh HTML5, disamping turut didatangkan dengan beberapa sokongan menarik padanya. Memandangkan ia merupakan aplikasi terbina BlackBerry 10, para pengguna turut sama boleh menggunakan sokongan BlackBerry Flow dan juga Peek terus padanya tanpa sebarang masalah. Disamping itu, kelebihan pada pelayar web BlackBerry 10 semestinya pada sokongannya. Selain sokongan biasa seperti pelayaran dengan tab dan sebagainya, ia turut didatangkan dengan sokongan Reader Mode. Dengan Reader Mode, para pengguna boleh dengan mudah memfokuskan kepada pembacaan kandungan pada sesuatu web, yang sememangnya dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Bagi mereka yang ingin berkongsi sesuatu pautan bersama-sama dengan rakan lain, sokongan perkongsian terbina turut disertakan bersama, membolehkan anda melakukannya dengan mudah terus daripada pelayar web BlackBerry 10. RIM dijangka akan memperkenalkan Blackberry 10 secara penuh bersama-sama dengan peranti baru mereka pada bulan Januari kelak, dan kini dalam fasa terakhir persiapan mereka sebelum semuanya dilancarkan kepada umum.

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s