RSS

Belanjawan Dunia ICT 2013 ?

01 Oct

Dengan tamatnya pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib Razak, semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dibawakan dan ditawarkan oleh Belanjawan 2013 untuk industri ICT negara ? Berikut kami kumpulkan beberapa perkara yang diumumkan oleh Najib Razak, khas memfokuskan kepada dunia ICT tempatan. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukkan permulaan sebanyak 50 juga ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah-alih pintar melalui pengedar rasmi.

Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. Kerajaan akan menubuhkan 100 pusat internet 1Malaysia antara tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat. Pusat ini akan dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi. SKMM akan menyediakan peruntukkan sebanyak RM150 juta untuknya. Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja professional dan berbakat didalam industri terpilih, termasuk ICT, industri kreatif dan juga bioteknologi.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta kepada 5 buah universiti penyelidikan bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik seperti nano teknologi, automatif, bio-teknologi dan aero-angkasa. Dalam Belanjawan 2010, kerajaan telah mewujudkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan dana berjumlah RM1.5 billion dan akan berakhir 31 Disember 2012. Untuk merancakkan lagi pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau, dana skim akan ditambah sebanyak RM2 billion dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015. Selain daripada itu, Belanjawan 2013 juga turut sama memfokuskan kepada bantuan para usahawan, dimana menawarkan rebat kepada para pelabur persendirian, serta mengalakkan pelabur luar untuk melabur ke dalam projek-projek tempatan. Jadi, apa pendapat anda berkenaan Belanjawan 2013 kali ini untuk industri ICT negara ?

 
Leave a comment

Posted by on October 1, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s