RSS

Belanjawan 2013 : RM200 Untuk Telefon Pintar

01 Oct

Dengan pengumuman Belanjawan baru untuk tahun 2013, semestinya ramai yang menantikan apakah yang menguntungkan untuk industri IT, selain pengguna umum. Hari ini, Najib Razak mengumumkan dimana kerajaan akan menyediakan sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar baru oleh para belia. Dana sejumlah RM300 juta diperuntukkan, dimana akan membolehkan 1.5 juta remaja dan belia berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun mendapatkan rebat sebanyak RM200 atas harga jualan telefon pintar. Buat masa ini, bagaimanakah ia akan dilaksanakan masih tidak diketahui. Berkemungkinan ia akan dijayakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi tempatan, dan semestinya sebuah pelan khas akan disediakan untuknya untuk mengelakkan berlaku penipuan dan sebagainya. Bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah-alih pintar melalui pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini mungkin akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

 
Leave a comment

Posted by on October 1, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s