RSS

Distro Malaysia – SimpleLinux 1.10 (Optimist Oncilla)

01 Oct

Terdapat ratusan distro Linux di pasaran, dan salah satunya yang dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah SimpleLinux. Terkini, pembangunnya telah pun mengeluarkan versi baru sistem operasi mereka, membawakan pelbagai kemaskini dan perkara baru pada SimpleLinux. SimpleLinux merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh sekumpulan pembangun di Malaysia, dimana berdasarkan kepada Slackware dan menggunakan LZMA Compression untuk fail sistem padanya. Sejak dimulakan pada tahun 2007, pelbagai perubahan telah berlaku, dan hari ini mereka hadir dengan SimpleLinux 1.10 dengan nama kod Optimist Oncilla. Kemaskini terbaru ini membawakan beberapa perkara baru, termasuk kernel Linux yang dikemaskini kepada versi 2.6.27.27, Compiz Fusion 0.7.8, dan mengemaskini pelbagai perisian dan aplikasi padanya. Ia juga membawakan penambahan beberapa permainan baru, serta menambah BlueFish Editor padanya. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun SimpeLinux 1.10 hari ini, dan mula menggunakannya, selain menyokong pembangun tempatan dalam membangunkan sistem operasi berasaskan Linux. Muat-Turun SimpleLinux 1.10

 
Leave a comment

Posted by on October 1, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s