RSS

Firefox Windows 8 Menyertakan “Bookmark List”

01 Oct

Dengan Windows 8 yang bakal hadir pada penghujung bulan hadapan, para pembangun aplikasi bergiat pantas membangunkan aplikasi dan perisian mereka. Seperti semua sedia maklum, Mozilla turut sama dalam proses pembangunan Firefox versi Metro, dan kini berkongsi beberapa info berkenaan dengannya. Daripada apa yang diperlihatkan, Firefox untuk Windows 8 kelak akan memudahkan para pengguna bookmark sesuatu laman, dan didatangkan dengan fungsi baru dinamakan sebagai Bookmark List. Melaluinya ia akan memudahkan anda membuat senarai laman yang anda bookmark dengan, lebih kurang sama seperti fungsi Folder yang terdapat sekarang. Cuma yang membezakan adalah dimana ia tidak menyokong membuat Folder didalam folder, membolehkan anda melihat senarai bookmark dengan lebih baik dan tersusun. Selain daripada itu, ia juga kelihatan, Firefox untuk Windows 8 bakal menyokong untuk pin sesuatu laman web terus ke skrin utama Windows 8. Melaluinya, ia membolehkan anda mengakses sesuatu laman web itu dengan lebih pantas, tanpa perlu menaip alamat URL dan sebagainya. Fungsi-fungsi ini semua masih lagi pada peringkat awal perancangan, dan mungkin akan didatangkan ataupun sebaliknya. Dan semestinya Mozilla menyimpan lebih banyak perkara untuk pelayar web versi Metro mereka, yang masih belum diketahui ramai lagi buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 1, 2012 in Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s