RSS

WordPress 3.5 Beta Dengan Tema Baru TwentyTwelve

01 Oct

Pembangunan WordPress terus melangkah setapak lagi kehadapan, dimana hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan WordPress 3.5 Beta 1 kepada semua, membolehkan mereka yang berminat mengujinya terlebih dahulu, sebelum versi akhir dilancarkan kepada semua pada 5 Disember kelak. WordPress 3.5 dioptimasikan untuk paparan Retina, dengan skrin utama yang lebih mesra pengguna dan lebih ringkas berbanding sebelumnya. Selain daripada itu seperti semua sedia maklum, ia turut menyertakan tema baru dengan nama TwentyTwelve. Menariknya, pembangun WordPress, telah pun terlebih dahulu melancarkan TwentyTwelve kepada umum, membolehkan sesiapa sahaja yang menggunakan WordPress 3.4.2 dan terkini menggunakannya. Tema baru ini dioptimasikan untuk pelbagai skrin, dan ditawarkan secara percuma seperti sebelum-sebelum ini. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun WordPress 3.5 Beta 1 ataupun mendapatkan tema TwentyTwelve dan mencubanya hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 1, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s