RSS

BGR Mengesahkan Peranti Windows Phone Dari Microsoft Dalam Pembangunan

04 Oct

Lanjutan daripada semalam, walaupun pihak Microsoft menidakkan ura-ura mengatakan mereka bakal hadir dengan telefon pintar yang dibangunkan sendiri, kini BGR, salah satu laman teknologi terkemuka mengatakan mereka dapat mengesahkan perkara ini daripada beberapa sumber mereka. Ia dikatakan Microsoft secara senyap sedang membangunkan telefon pintar dengan jenama sendiri, lebih kurang seperti Surface yang diperkenalkan sebelum ini. Ia dikatakan, Microsoft akan bersaing secara terus dengan Apple, Samsung dan pelbagai jenama besar sebagai pengeluar telefon pintar. Ia juga dilaporkan, dimana telefon pintar daripada Microsoft ini bakal menggunakan penjenamaan Surface padanya. Ia dikatakan peranti ini dalam fasa terakhir pembangunan, dan mungkin akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun hadapan. Walaupun perkara ini masih samar-samar buat masa ini, namun apa yang pasti, untuk pelancaran Windows Phone 8 kelak, Microsoft bakal memfokuskan untuk pemasaran bersama-sama beberapa rakan kerjasama mereka, termasuk HTC, Nokia, Samsung dan lain-lain rakan kerjasama mereka. Sekiranya perkara ini benar, ia akan memberikan tekanan hebat kepada rakan kerjasama mereka yang lain, terutamanya Nokia. Jadi, apa kata anda ? Adakah ia kelak akan diterima sebagai peranti Nexus hasil keluaran kerjasama oleh Google untuk Android, ataupun akan menerima komen negatif daripada para pengeluar peranti Windows Phone ?

 
Leave a comment

Posted by on October 4, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s