RSS

Kemaskini BlackBerry PlayBook OS 2.1

04 Oct

Research In Motion, selain memperkenalkan BlackBerry 10 pada minggu lepas, hari ini memperkenalkan kemaskini sistem operasi untuk para pengguna tablet mereka, membawakan BlackBerry PlayBook OS 2.1 yang disertakan pelbagai fungsi baru padanya. Antara adalah :- 1. BlackBerry Bridge Yang Ditambah-Baik – Aplikasi BlackBerry Bridge kini dikemaskini, membolehkan anda turut sama melihat dan membalas SMS terus daripada BlackBerry PlayBook, selain prestasi dan kepantasan yang lebih baik berbanding sebelumnya. 2. Sokongan Aplikasi Android – Sokongan aplikasi Android bukanlah sesuatu yang baru pada PlayBook. Melalui PlayBook OS 2.1, ia turut sama menyertakan sokongan kamera, dan pembayaran dalam aplikasi, selain mana kini beroperasi dengan lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini. 3. Aplikasi Emel Yang Dikemaskini – PlayBook OS 2.1 turut sama menyertakan sokongan pelbagai orientasi skrin untuk aplikasi emel, membolehkan anda menggunakan secara potrait, sekaligus memudahkan anda menaip dan menguruskan emel anda. Ia turut sama menyertakan pelbagai pengoptimasian dan kemaskini untuk beberapa perkara yang lain. Bagi para pengguna yang menggunakan PlayBook OS 2.1, anda boleh menyemaknya hari ini dengan ke Settings > Software Updates > Check for Updates.

 
Leave a comment

Posted by on October 4, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s