RSS

ConEmu – Membawa Fungsi Tambahan Command Line

08 Oct

Jikalau dibandingkan dengan Linux, penggunaan command line pada Windows boleh dikatakan sedikit bosan berbanding kebiasaan. Namun, kini dengan ConEmu, perkara tersebut boleh diatasi, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, disamping menambah beberapa fungsi menarik padanya. ConEmu, seperti pada pelayar web, membawakan sokongan tab, membolehkan anda membuat beberapa perkara pada masa yang sama, selain menjalankan beberapa pilihan aplikasi dengan mudah. Selain daripada itu, salah satu perubahan yang benar-benar tampak berbeza adalah antaramukanya. ConEmu membolehkan anda mengubah pelbagai perkara, termasuk gambar latar belakang, jenis tulisan, penggunaan warna, dan beberapa perkara lain lagi. Ia turut didatangkan dengan sokongan merakamkan skrin terbina, selain pilihan meletakkan ia sentiasa dibahagian hadapan, walaupun anda mengendalikan beberapa aplikasi lain dibelakang. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun ConEmu hari ini, dan mencuba sendiri beberapa fungsi menarik yang disertakan padanya. Muat-Turun ConEmu Untuk Windows

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s