RSS

Convertilla – Format Video Peranti Mudah-Alih

08 Oct

Dengan pelbagai peranti yang digunakan untuk merakam video, dan web yang menawarkan pelbagai format yang berbeza-beza, mungkin kadang-kala, anda menghadapi masalah untuk menjalankan sesuatu format video. Untuk mengatasi perkara ini, terdapat pelbagai aplikasi pengubah format video, dan salah satunya adalah Convertilla. Convertilla merupakan salah satu aplikasi percuma, dimana membawakan sokongan untuk para pengguna mengubah format video mereka, dan mengoptimasikan sesuatu video itu untuk peranti mereka seperti iPod, BlackBerry, Xbox 360, Sony PSP, dan pelbagai peranti lain di pasaran. Convertilla juga turut menyokong pelbagai jenis format video, termasuk MP4, FLV, MKV, MPG, AVI, MOV, WMV, dan juga 3GP. Bagi yang gemarkan hanya audio sahaja, anda boleh membuat tetapan pilihan MP3 ketika proses mengubah format. Dari segi kelebihan pula, ia memfokuskan kepada pengguna baru, dimana hanya perlu memilih video, menetapkan format dan mengubahnya, tanpa perlu risau berkaitan bit-rate dan sebagainya. Convertilla boleh digunakan oleh semua pengguna Windows XP dan Windows 7, dan ditawarkan secara percuma. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan aplikasi lain selain Convertilla, jangan lupa berkongsi bersama kami. Muat-Turun Convertilla Untuk Windows.

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s