RSS

Maluuba – Aplikasi Alternatif Google Now

08 Oct

Bagi pengguna Android, semestinya tertarik dengan fungsi Google Now yang dipertontonkan dan dibawakan untuk pengguna Jelly Bean. Namun, bagi mereka yang tidak menggunakan Jelly Bean, sebagai salah satu alternatif, aplikasi yang amat berguna adalah Maluuba. Maluuba merupakan salah satu aplikasi berbentuk pembantu maya, memudahkan anda menetapkan sesuatu perkara, disamping membuat dan mencari pelbagai info menarik daripadanya. Anda juga boleh membuat dan mengakses pelbagai perkara, termasuk laman sosial terus daripadanya. Buat masa ini, aplikasi ini masih eksklusif untuk para pengguna di utara Amerika sahaja, memandangkan, beberapa data, seperti lokasi berdekatan, kedai makan dan sebagainya bergantung kepada perkhidmatan Yelp. Ini membuatkan pembangunnya tidak memperkenalkan aplikasi tersebut kepada semua pengguna di seluruh dunia. Namun, salah seorang rakan di Reddit, berkongsi APK untuk aplikasi ini, untuk diuji dan digunakan ramai. Dan seperti sedia maklum, beberapa fungsi padanya tidak dapat digunakan sepenuhnya. Selain daripada APK ini, pembangunnya turut mengatakan mereka akan hadir dengan aplikasi Maluuba Lite untuk semua pengguna di seluruh dunia. Daripada apa yang digunakan, fungsi carian maklumat, sokongan sosial, kebolehan menetapkan Reminder, mengakses Google Calendar dan sebagainya berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Untuk sokongan sosial, seperti FourSquare, Twitter dan sebagainya, apabila pertama kali anda menggunakannya, ia akan membuka pelayar web, dengan meminta anda memberikan kebenaran untuk aplikasi tersebut terlebih dahulu. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun fail APK tersebut, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s