RSS

Microsoft Mula Memperkenalkan Kemaskini Untuk Aplikasi Terbina Windows 8

08 Oct

Dengan Windows 8 yang bakal menjelang tiba pada penghujung bulan ini, pihak Microsoft berkongsi maklumat, mengatakan dimana mereka akan mengemaskini beberapa aplikasi terbina mereka, sekaligus menyertakan pelbagai fungsi baru padanya. Daripada apa yang dikongsikan, antara aplikasi yang menerima kemaskini adalah termasuk SkyDrive, Mail, Maps, Photos, Video, Music, Games dan banyak lagi. Setiap satu akan menyertakan nilai tambah padanya, membolehkan para pengguna membuat pelbagai perkara menarik menggunakannya. Aplikasi SkyDrive untuk Windows 8 kelak akan membolehkan para pengguna membuat carian terus didalamnya, selain mengubah lokasi folder dan fail dengan mudah. Untuk Maps pula, ia akan meneyrtakan sokongan navigasi dan paparan yang lebih baik padanya, disamping sokongan pandangan Bird’s Eye View. Untuk Photos pula, ia akan menawarkan sokongan membuat pengeditan ringkas pada gambar, terus daripada aplikasi terbina Windows 8 itu. Sokongan Video dan Music turut dikemaskini dengan kebolehan untuk membeli menggunakan mata wang tempatan. Namun, ia tidak diketahui sama ada akan menyokong Malaysia kelak ataupun tidak. Segala kemaskini ini akan diperkenalkan untuk pengguna Windows 8 sedia ada, dan juga mereka yang bakal membeli peranti mahupun sistem operasi Windows 8 setelah dilancarkan. Windows 8 akan dilancarkan kepada umum pada 26 Oktober ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s