RSS

Mind-Set Pencipta Teknologi Steve Job

08 Oct

Mendiang Steve Jobs khususnya berkaitan dengan mind-set beliau gemar berkongsi pandangan / pengalaman dalam kepimpinan & pengurusan organisasi, cita-cita, visi serta misi beliau. Steve adalah seorang yang tidak lokek dalam mengeluarkan kenyataan / kata-kata hikmat berdasarkan pengamatan dan risiko hidup yang pernah dilaluinya. Jadi, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa banyak kenyataan yang diucapkan oleh beliau sejak tahun 70-an lagi sehinggalah kepada kematian beliau pada tahun lepas, ialah berkaitan dengan perkara ‘Menguruskan Innovasi & Kreativiti’. Beliau amat berminat berkongsi pengalamannya kepada maklumat awam dalam soal pengalaman dan iktibar yang dilaluinya.

Secara tidak langsung, Steve bolehlah dianggap sebagai penceramah terkemuka dalam bidang tersebut. Kenyataannya / tindakannya akan selalu diambil perhatian awam, samada beliau disukai / dijadikan inspirasi mahupun pula sebaliknya. Selain Apple, konglomerat ICT yang dilihat mempunyai kepimpinan seperti itu ialah Bill Gates, Pengerusi Microsoft Inc. Beliau juga dilihat begitu aktif dalam berkongsi kenyataan awam sama seperti Steve juga, terutamanya di tahun-tahun sebelum 2000. Contoh yang jelas ialah melalui buku yang bertajuk ‘Road Ahead’ hasil tulisan beliau sendiri. Cumanya sekarang, MS pula dilihat berdepan dengan cabaran dan persaingan sengit bagi teknologi peranti terkini, seperti telefon-pintar, tablet dsb.

Jadi, memang lumrah bagi setiap organisasi akan melalui musim pasang-surut, zaman sudah-senang. Mungkin trend kepimpinan organisasi tidak kiralah ICT ataupun bidang lain di rantau Asia, perlu pula mewujudkan individu kepimpinan yang mempunyai karisma seperti itu. Contohnya konglomerat ICT seperti Samsung, HTC, Sony, LG dsb. Zaman sekarang ialah zaman masyarakat awam ingin berkongsi maklumat, pengalaman dan kepintaran. Oleh itu saya berpendapat bahawa, tanpa ‘public relations’ yang baik oleh individu yang berstatus figura awam dalam sesebuah organisasi besar dalam media-massa, maka organisasi tersebut akan didapati kekurangan ‘nilai tambah’ dalam mengeluarkan dan memasarkan sesuatu produk.

Jadi, lambat-laun organisasi tersebut akan terpinggir dari tumpuan dan perhatian ramai, sekaligus memberi kesan kepada kelarisan dan reputasi kepada produk keluaran mereka. Contoh yang mudah untuk saya nyatakan tentang perenggan di atas ialah, seperti produk bagi jenama kasut ‘Jimmy Choo’ hasil seni tangan beliau sendiri di UK, serta masakan dari resepi Dato’ Chef Wan di tempat kita khususnya. Contoh lain ialah berkenaan karisma Walt Disney dalam dunia hiburan animasi, serta berjaya menempa ‘Golden Age’ dalam bidang tersebut mulai tahun 1937. Jadi, berkaitan dalam hal ini mungkin ada baiknya jika PR dan potensi karisma bagi penggiat muda diketengahkan dan dipertingkatkan.

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s