RSS

Peranti Berasaskan MeeGo Daripada Jolla

08 Oct

Bagi peminat sistem operasi MeeGo, Jolla telah pun memberikan semangat baru, dengan mengatakan akan hadir dengan peranti baru mereka pada bulan depan. Jolla mengatakan, sistem operasi yang dinamakan sebagai Sailfish akan digunakan pada peranti mereka kelak, dimana dibangunkan berasaskan MeeGo. Selain hadir dengan peranti mereka sendiri, Jolla turut mengatakan sistem operasi tersebut turut akan dilesenkan untuk pengeluar lain pada tahun hadapan. Buat masa ini, apakah spesifikasi yang akan dibawakan, dan sebagainya masih tidak diketahui sepenuhnya. Jolla bakal berkongsi mengenai peranti baru mereka, termasuk berkenaan kemaskini yang dibawakan pada sistem operasi tersebut pada bulan depan. Peranti baru tersebut juga dijangka akan dijual sebelum hari Natal pada tahun ini. Peranti berasaskan MeeGo hanya satu dipasaran buat masa ini, iaitu Nokia N9. MeeGo sebelum ini dibangunkan bersama oleh pihak Nokia dan Intel, sebelum Nokia mengalihkan fokus mereka kepada Windows Phone. Kini, Intel bekerjasama dengan Linux Foundation dalam membangunkan alternatif kepadanya, dinamakan sebagai Tizen.

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s