RSS

Peranti Nexus Daripada LG Bakal Diperkenalkan

08 Oct

Sejak beberapa bulan lepas, telah diperkatakan, Google bakal bekerjasama dengan beberapa pengeluar dalam menghasilkan peranti Nexus, dan mengikut laporan terbaru, LG akan menjadi salah satunya, dimana akan hadir bersama-sama dengan peranti yang dinamakan sebagai LG Optimus G Nexus. Peranti terbaru daripada LG ini kelak dikatakan akan membawakan rekabentuk yang lebih kurang seperti Galaxy Nexus, selain pada bahagian belakangnya, turut disertakan adalah logo Nexus dan juga LG. Peranti ini bakal diperkenalkan bersama-sama dengan sistem operasi Android 4.2, membawakan kemaskini kecil berbanding dengan Android 4.1 sebelum ini. Google dilihat mungkin akan lebih memfokuskan kepada pengurusan tenaga pada kemaskini kali ini, selain turut menyertakan salah satu fungsi baru yang dinamakan sebagai “Customization Center”, memberikan pembangun peranti menggunakan antaramuka kegemaran mereka padanya dengan mudah. Selain daripada LG, beberapa pengeluar lain yang turut diura-ura akan sebelum ini adalah termasuk Samsung, HTC, dan juga Sony. Sebelum ini, ramai yang mengemari apa yang ditawarkan oleh LG, namun tidak memilihnya disebabkan kerana kemaskini yang ditawarkan oleh mereka agak mengecewakan. Namun, dengan peranti Nexus daripada LG, kemaskini bakal ditawarkan terus oleh Google, dan mungkin boleh serba sebanyak mengubah persepsi pengguna terhadap LG selama ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s